PENGENALAN SYARIKAT
Physiotherapy and Occupational Therapy Centre Kota Bharu (POTCKB) telah
ditubuhkan pada 1 September 2012 dan merupakan pusat rawatan pemulihan pertama
di negeri Kelantan yang menawarkan rawatan Fisioterapi dan Terapi Carakerja. POTCKB
adalah pusat rawatan pemulihan yang di miliki oleh D’Healthy Resources (1009044-D)
sepenuhnya.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh POTCKB ialah Fisioterapi, Terapi
Carakerja, Terapi Pertuturan, Terapi Bekam, Terapi Spa, Terapi Spa Kanak-kanak,
Urutan Kesihatan dan Tradisional dan Program Kecergasan Obesiti. POTCKB telah banyak membantu rakyat Kelantan untuk pulih kembali untuk menjalankan aktiviti harian. Kami banyak menerima pesakit Stroke, Back Pain, Autisme, Down Sydrome, Celebral Palsy, Kecederaan dalam sukan, masalah pertuturan dan pelbagai lagi.
WAKTU OPERASI SYARIKAT
Perkhidmatan kami dibuka 7 hari seminggu untuk memudahkan pesakit kami mendapatkan rawatan yang sepatutnya untuk memberi kesan yang efektif kepada setiap pelanggan kami. Waktu operasi kami untuk 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari SABTU HINGGA KHAMIS. Manakala untuk hari JUMAAT waktu operasi hanya bermula 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
ALAMAT DAN TALIAN
Anda boleh datang ke centre kami atau kami pergi ke rumah anda untuk menyediakan perkhidmatan rawatan. Lebih menarik penilaian pertama bersama juruterapi kami adalah PERCUMA di Centre kami (kecuali untuk home visit).
ALAMAT
Lot 1528, Jalan Dato' Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
(Berhampiran Kada / Pejabat Pertanian Kelantan, Jalan Yaakubiah)
(Berhampiran Kada / Pejabat Pertanian Kelantan, Jalan Yaakubiah)
TALIAN UNTUK HUBUNGI
09-7471661 ( Centre )
011-19993475 ( Staf Fahmiee )
011-19993475 ( Staf Fahmiee )
No comments:
Post a Comment