PUSAT FISIOTERAPI , TERAPI CARAKERJA DAN TERAPI PERTUTURAN

Friday, 7 July 2017

TAHUKAH ANDA SAKIT BELAKANG DIKENALI " LUMBAR SPONDYLOLISTHESIS "


Lumbar Spondylolisthesis berpunca dari keadaan di mana tulang belakang bahagian pinggang beralih daripada posisi asal. Spondylolisthesis boleh di gred kepada 1 hingga 5 tahap berdasarkan rujukan gambar di bawah. Ia biasanya berlaku akibat dari kemalangan, aktviti sukan yang lasak atau jatuh dari tempat yang tinggi. Ia berlaku apabila tulang belakang di bahagian pinggang menerima stress, beban ataupun tekanan berlebihan daripada tenaga luar menyebabkan ia teralih kehadapan keluar dari posisi normal.



Tekanan yang berlebihan ini mengakibatkan tisu-tisu lembut sekitar pinggang seperti :
1. Vertebra
2. Intervertebral Disc
3. Ligament
4. Otot
5. Akar Saraf
mengalami kecedaraan dan menyebabkan sakit di bahagian pinggang secara ringan hingga peringkat teruk.



Lumbar Spondylolisthesis adalah satu keadaan kecemasan kerana stress pada tulang belakang pinggang yang terlalu besar boleh mengakibatkan patah, dan lumpuh di kaki. Kebiasaannya rawatan yang akan diberi termasuklah pemakaian lumbar brace pada pinggang untuk menyokongnya, ubat tahan sakit dan fisioterapi.
.
.
Anda perlu mendapatkan rawatan fisioterapi di POTCKB dari peringkat awal untuk mengelakkan:
Muscle spasm
Joint stiffness (sendi keras dan beku)
Pergerakan terhad
Otot menjadi lemah dan tegang
Pencegahan awal perlu bagi mengelak kesan yang lebih buruk. Masyarakat harus lebih prihatin tentang masalah sakit pada bahagian belakang dan akibat buruknya pada kehidupan seharian
.
Hubungi kami di talian :
  09 – 747 1661 ( Cetre POTCKB)
  011 – 9993475 ( Whatapps )

Alamat :
Lot 1528, Jalan Dato’ Lundang
15150 Kota Bharu
Kelantan
Berhampiran dengan KADA Jalan Yaakubiah

Layari laman Web kami :
1. Blooger : https://potckbkelantan.blogspot.com/
2. Instagram : physio & occupatinal therapy
3. Facebook : https://www.facebook.com/p
otckb/?fref=ts

No comments:

JOM BERENANG Terima kasih kepada ibu bapa peserta diatas kesudian dan kepercayaan dengan perkhidmatan kami untuk membantu anak-anak...