Bell' palsy adalah kelumpuhan pada sebelah wajah dimana wajah kita tidak boleh membuat sebarang pergerakkan. Bell’ Palsy hanya menyerang saraf wajah (facial nerve) tanpa mengganggu fungsi tubuh lain contohnya kaki dan tangan.
Siapa yang berisiko untuk menghadapi masalah ini tidak kira gender dan usia.
Antara tanda tanda bell's palsy adalah :
➡️ Berasa lemah pada otot muka secara tiba tiba
➡️ Sukar untuk bercakap kerana rasa seperti mulut atau pipi menjadi berat sebelah .
➡️ Sukar untuk mengawal air liur daripada meleleh.
➡️ Mata mudah berair ,merah atau sukar untuk menutup mata dengan rapat.
➡️ Hilang deria rasa pada lidah.
➡️ Rasa kebas di sebelah muka.
Bell's palsy perlulah mendapat rawatan dengan segera supaya proses penyembuhannya tidak mengambil masa yang agak lama.
Hubungi kami untuk rawatan !!!
No comments:
Post a Comment