PUSAT FISIOTERAPI , TERAPI CARAKERJA DAN TERAPI PERTUTURAN

Wednesday, 14 June 2017

LIMA TIP UNTUK IBU BAPA KEPADA ANAK AUTISME




1) LAMBAT MENULIS 📝
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan.

2) PELAT 🗣
Penyelesaian: Suruh murid bergayut (contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) ANAK LAMBAT BERCAKAP
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) ANAK TULISAN BURU✍🏼
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) HIPERAKTIF🚶
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut

No comments:

JOM BERENANG Terima kasih kepada ibu bapa peserta diatas kesudian dan kepercayaan dengan perkhidmatan kami untuk membantu anak-anak...